FAQ Hub

Soalan Lazim Cukai Malaysia

Jawapan kepada soalan-soalan popular tentang cukai pendapatan, e-Filing, pelepasan cukai, dan PCB di Malaysia.

Soalan Popular

Berapa pendapatan minimum kena bayar cukai?
Untuk tahun 2026, individu perlu bayar cukai jika pendapatan tahunan (selepas tolak KWSP) melebihi RM37,333. Ini bersamaan gaji kasar sekitar RM3,500 sebulan. Tapi walaupun pendapatan di bawah ambang, anda tetap WAJIB declare income.
Bila tarikh akhir e-Filing?
Untuk Borang BE (pekerja): 15 Mei 2027. Untuk Borang B (perniagaan/freelance): 15 Julai 2027. e-Filing dibuka dari 1 Mac 2027.
Apa itu PCB dan kenapa berbeza dengan cukai final?
PCB (Potongan Cukai Bulanan) adalah anggaran cukai yang dipotong majikan setiap bulan. Cukai final dikira semasa e-Filing dengan semua pelepasan. PCB boleh lebih tinggi atau rendah dari cukai sebenar, yang akan diselaraskan dengan refund atau bayaran tambahan.
Zakat boleh kurangkan cukai berapa?
Zakat yang dibayar kepada institusi diiktiraf boleh mengurangkan cukai RINGGIT-UNTUK-RINGGIT. Contoh: Bayar zakat RM1,000, cukai berkurang RM1,000 (bukan sekadar pelepasan cukai biasa). Ini sangat menguntungkan!
Side income kecil pun kena declare?
Ya! SEMUA pendapatan perlu declare termasuk side income, freelance, atau pendapatan part-time walaupun jumlah kecil. LHDN boleh akses rekod bank dan payment gateway. Jangan ambil risiko!
Boleh claim apa untuk kurangkan cukai?
Ramai boleh claim: Insurans nyawa/medical (RM3,000+RM3,000), KWSP (RM4,000), Pendidikan diri (RM7,000), Lifestyle (RM2,500), Gadget (RM2,500), dan banyak lagi. Jumlah semua pelepasan boleh sampai RM30,000+!

Tak Jumpa Jawapan?

Explore panduan lengkap kami atau guna kalkulator untuk kira cukai anda.

Mudahkan urusan cukai anda

CukaiMax bantu anda urus cukai dengan mudah - dari scan resit hingga siap e-Filing.

Mula Sekarang